Wednesday, April 9, 2008

DAH MARAH KAT NYAMUK JANGAN KELAMBU YANG DIBAKAR

Benarlah PRU-12 yang baru sudah ini, merupakan suatu KEJUTAN yang amat besar bagi BN khususnya UMNO. Memang ramai dikalangan pucuk pimpinan UMNO termasuk diri saya, merasa amat-amat terkejut dengan apa yang terjadi. Benarlah kalau ianya dikatakan POLITICAL TSUNAMI oleh orang kebanyakkan dan sepertimana yang di war-warkan oleh Prof. Agus (sahabat kita). Rakyat telah melakukan PROTES TERBESAR kepada UMNO dan Barisan Nasional. Yang sudah-sudah lah. Sekarang kan adalah masa yang terbaik untuk kembali bermuhasabah dan bermuafakat antara kita, semua bangsa Melayu, tanpa mengira parti dan idealogi.

Yang saya sedih, adalah penentangan berterusan orang-orang Melayu terhadap UMNO. Tak kah kita sedar bahawa UMNO lah yang telah sekian lama memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu, tak kira semenanjung atau seberang. Bilamasa kita asyik je menuduh pemimpin UMNO hidup dalam DENIAL SYNDROME, dengan menidakkan kebenaran mengenai perjuangan dan jasa UMNO selama ini untuk orang Melayu, kita juga sama sahaja kan, hidup beralaskan DENIAL SYNDROME. Menidakkan yang terang dan nyata dan yang tertera pula dalam sejarah negara.

Saya tak tahu lah betapa jauh persoalan ini, tapi cuba tanya diri kita betul-betul dan benar-benar. Adakah benar kita sanggup menguburkan UMNO (parti keramat bangsa Melayu) dan hidup dibawah jajahan dan telunjuk parti-parti yang jelas berteraskan 'bukan Melayu'? Apakah tak rasanya rugi dan sesal kemudian hari, akibat kejahilan kita tentang perjuangan Melayu dan kerana terlalu mengikut emosi diri yang keterlaluan?

Kalau benar yang dimarah adalah nyamuk (pemimpin), jangan lah pula kelambu yang dibakar. Kenapa terlalu emosi dan ber-Prejudis terhadap UMNO, walau pun tebal dilubuk hati kita, menyayangi dan mengakui akan kaitan perjuangan serta martabatnya bangsa Melayu itu hanya mampu didukung UMNO.

Saya pun marah juga dengan nyamuk-nyamuk tu, tapi kalau dah kelambu dibakar, tak ke menyesal pula saya bila dihinggap dan digigit nyamuk-nyamuk jenis lain yang mungkin datangnya dari Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Fikirlah panjang sedikit. Tak salah nak memprotes dan memangkah yang tak berhak. Tapi kenalah berpada-pada supaya TAK HILANG MELAYU DI MALAYSIA.

No comments: