Wednesday, April 9, 2008

JANGAN SEKALI LUPAKAN UMNO

Salam dan ucapan hormat saya kepada pembaca semua.

Apabila British mula memperkenalkan the MALAYAN UNION di tanah hakmilik Melayu keramat bernama Malaya suatu ketika dahulu, kita BANGSA MELAYU telah di-anak tiri dan dipinggir akan hak-hak kita yang mutlak. Hak-hak kita sebagai bangsa yang mensucikan dan mempertahankan tanah berdarah keramat ini. Maka dengan segala keringat dan serba kekurangan, KITA bangsa MELAYU telah bersatu pada Mei 11, 1946 di Johor Baharu; tanpa mengira darjat dan tempat dan berikrar untuk memperjuangkan KEMERDEKAAN TANAH MELAYU dan memartabatkan BANGSA MELAYU. Kita semua dari darah dan keringat datuk dan nenda kita yang dahulu; TELAH BERIKRAR, TELAH BERJANJI untuk sama-sama berjuang DEMI AGAMA, DEMI BANGSA di dalam UMNO (United Malays National Organization). Kita semua telah mewarisi janji-janji dan ikrar tersebut dari waris-waris kita yang terdahulu; dan kita adalah waris-waris yang tinggal kini, bagi meneruskan ikrar dan janji tersebut. Ianya adalah janji KERAMAT yang bermandikan darah dan peluh. Dan kerana itu jugalah mengapa UMNO digelar 'Parti Keramat'.

Tetapi sayang, kita telah lupa akan UMNO dan sejarahnya. Kita telah lupa akan waris-waris kita yang terdahulu, yang telah mengasas, menegak dan memacu UMNO demi agama, bangsa dan tanah air.

Bukanlah saya berkata begini untuk menarik tuan dan puan kepada UMNO. Tetapi saya berkata begini supaya kita faham perjuangan dan kelahiran UMNO itu. Bukan lah saya MENIDAKKAN parti-parti majoriti Melayu seperti PAS dan PKR dalam konteks politik Malaysia sekarang ini; tetapi lebih MENEKANKAN agar UMNO itu kekal RELEVAN kepada kita semua anak-anak dan bangsa Melayu, WALAUPUN kita mungkin berpahaman politik yang berlainan atau berlainan Parti. UMNO itu harus kekal dalam ingatan kita, bukan setakat ilmuan sejarahnya, lebih dari itu, sebagai PERINGATAN akan semangat dan asas-asas perjuangan orang Melayu yang telah membebaskan TANAH MELAYU dan MENDAPATKAN hak asal orang-orang MELAYU dari mereka yang jelas bukannya Melayu. Itu harus kita INGAT, TANAM DAN SEMAI di dalam jiwa Melayu kita. Kalau itu tak dapat kita PEGANG DAN SIMPAN. Maka akhirnya TUANPUNYA akan bercerai lah dari TUBUHNYA. Kita akan ditelan tanpa disedari, oleh arus dan budaya juga pahaman bangsa-bangsa lain. Dan kita akan DIJAJAH semula kerohanian dan keperibadian. Dan ianya pula akan diwarisi oleh anak-anak dan cucu-cicit kita; yang FAHAM APA ITU MELAYU, TETAPI HILANG KEMELAYUANNYA.

OLeh kerana itu, KITA TAK BOLEH LUPA PADA UMNO. Kita harus ingat dan BERBANGGA dan berterima kasih syukur kehadrat yang esa; kerana memberi dan membawa UMNO kepada kita. Sebagai sebahagian dari asal dan usul kita Melayu di Tanah Melayu bergelar MALAYSIA INI.

Sebanyak mana kita membenci UMNO sekalipun, saya yakin dan percaya, pabila suatu hari nanti anak-anak manja dan comel kita bertanya "Ayah. Apa itu UMNO?", kita dengan senyuman dan keikhlasan, akan menjawap "UMNO itulah yang telah memberikan MALAYSIA kepada kita".

Dan UMNO akan kekal, walau getir mana sekalipun, walau dibenci mana sekalipun, MEMPERJUANGKAN DAN MEMPERTAHANKAN DAN MEMARTABATKAN MALAYSIA KEPADA MELAYU.

DENGAN AIR MATA; "Sayanglah UMNO walau secebis dan jangan lupa pada UMNO walau sesaat".

DAH MARAH KAT NYAMUK JANGAN KELAMBU YANG DIBAKAR

Benarlah PRU-12 yang baru sudah ini, merupakan suatu KEJUTAN yang amat besar bagi BN khususnya UMNO. Memang ramai dikalangan pucuk pimpinan UMNO termasuk diri saya, merasa amat-amat terkejut dengan apa yang terjadi. Benarlah kalau ianya dikatakan POLITICAL TSUNAMI oleh orang kebanyakkan dan sepertimana yang di war-warkan oleh Prof. Agus (sahabat kita). Rakyat telah melakukan PROTES TERBESAR kepada UMNO dan Barisan Nasional. Yang sudah-sudah lah. Sekarang kan adalah masa yang terbaik untuk kembali bermuhasabah dan bermuafakat antara kita, semua bangsa Melayu, tanpa mengira parti dan idealogi.

Yang saya sedih, adalah penentangan berterusan orang-orang Melayu terhadap UMNO. Tak kah kita sedar bahawa UMNO lah yang telah sekian lama memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu, tak kira semenanjung atau seberang. Bilamasa kita asyik je menuduh pemimpin UMNO hidup dalam DENIAL SYNDROME, dengan menidakkan kebenaran mengenai perjuangan dan jasa UMNO selama ini untuk orang Melayu, kita juga sama sahaja kan, hidup beralaskan DENIAL SYNDROME. Menidakkan yang terang dan nyata dan yang tertera pula dalam sejarah negara.

Saya tak tahu lah betapa jauh persoalan ini, tapi cuba tanya diri kita betul-betul dan benar-benar. Adakah benar kita sanggup menguburkan UMNO (parti keramat bangsa Melayu) dan hidup dibawah jajahan dan telunjuk parti-parti yang jelas berteraskan 'bukan Melayu'? Apakah tak rasanya rugi dan sesal kemudian hari, akibat kejahilan kita tentang perjuangan Melayu dan kerana terlalu mengikut emosi diri yang keterlaluan?

Kalau benar yang dimarah adalah nyamuk (pemimpin), jangan lah pula kelambu yang dibakar. Kenapa terlalu emosi dan ber-Prejudis terhadap UMNO, walau pun tebal dilubuk hati kita, menyayangi dan mengakui akan kaitan perjuangan serta martabatnya bangsa Melayu itu hanya mampu didukung UMNO.

Saya pun marah juga dengan nyamuk-nyamuk tu, tapi kalau dah kelambu dibakar, tak ke menyesal pula saya bila dihinggap dan digigit nyamuk-nyamuk jenis lain yang mungkin datangnya dari Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Fikirlah panjang sedikit. Tak salah nak memprotes dan memangkah yang tak berhak. Tapi kenalah berpada-pada supaya TAK HILANG MELAYU DI MALAYSIA.